Monday, 18 January 2016

Berbungkus belakang di Cebu - Cebu Trip 1

As salam

 Kali ini, halatuju kiteorg berbackpackers kat Cebu, Phillipines. Ramai jugak lah friends yang tanya Cebu kat mana? Cebu ada apa? Apa yang menarik kat sana? To us, there's nothing can stop us and its up to us to create a beautiful memories (ecececeh, speaking london!). Tau tak Cebu ni banyak sangat tempat2 menarik yang patut di explore.

 Cebu ni ibarat Sabah tau kalau kat Malaysia, geografi Cebu ini pula dikelilingi air laut. Yes! First time kteorg dengar Cebu pun tertanya2, Cebu kat mana (dgn nada lagu #awakkatmana). Tapi that time AA wat promotion pergi Cebu murah, so redha dan pasrah laaa and research pasal Cebu.

Yang pasti memang tak ramai Melayu tourist/traveller/backpacker yg berhenjoi berjoli kat Cebu (not like Krabi, penuh dgn citizen Malay).

Maybe keutamaan untuk mendapatkan makanan halal agak sukar.(tak jumpa pun traveller melayu kat sini) Kteorg pergi dari 11/11/14 - 15/11/14.

Sebelum terbang, kiteorg shopping sat makanan cap brahim, maggie, tuna, biskut, coklat dan etc yang mencukupi untuk 5 hari kami di sana (of cos wajib dibawa - survival style). Bajet untuk makanan yang dibeli dari Tesco sebanyak RM100 sepanjang 5 hari untuk 3 pax.

 11/11/14 (Selasa) 

Tiket flight pada jam 10 pagi (KLIA2 ya ampun besar kemain aih - first time naik kat KLIA2, before this LCCT. memang seronok nak bermarathon) dan selama 4 jam perjalanan dari KUL - CEB.

Sesampai di Mactan Airport, kiteorg tercari2 teksi kaler putih (terbaca one of blog malaysian semasa mereka di sana, kata mereka teksi putih lagi cheap dari teksi kaler lain). Nak cari teksi putih tu, keluar dari main entrance and lintas jalan kemudian menapak sikit akan nampak la a lot of citizen cebu tunggu teksi, jeepney and seangkatan nya.

Teksi kat sini pakai Vios hokeh!(I was like!! so impress) and semua kenderaan sini lefthanded and arus jalanraya pun totaly different dengan Malaysia(memang pening kepala hotak ni nak adapt melintas jalan raya - lagi satu kat sini dorg suka horn which is one way of communicate with other driver, tabik springg dengan mereka).

Kteorg pun naik teksi kaler putih and minta dia hantarkan kat Southern Terminal Bus (total untuk teksi ke Southern Terminal Bas 75php per person - dorg pun pakai meter).

Disebabkan kiteorg nak ke Oslob, so kiteorg kena ambil bas di Southern Terminal Bas (jgn confuse tempat okeh - kat Cebu ada beberapa terminal bas which is Southern Terminal Bas, Northern Terminal Bas and etc, so make sure where you wanna go~).

Dari Airport ke Southern Terminal Bas around 30 - 40 minutes, driver taxi ni pun keluar dari kereta beliau pergi tanyakan untuk kiteorg which bas akan ke Oslob (walaupun pakcik ni agak pendiam masa bawak teksi, tapi he is very good sanggup tolong kiteorg.. sgt baik mereka2 ini terhadap kteorg).

Kteorg naik bas around 4.30 ptg (Kat sini dan Malaysia tak ade perbezaan masa cuma kalau pukul 5 dah macam pukul 7 kat KL, so paham2 jer laa) Kiteorg naik bas ceres liner kaler kuning 48 peso per person - 144 untuk 3 org.

Dalam perjalanan menuju ke Oslob, jalan dia Masha Allah.. hanya tuhan yang tahu.. memang mabuk bas abis. Just imaging macam mana naik Cameron Highland tapi kat sini jalan flat. Nak di jadikan mabuk bas yang teruk, driver bas kat sini dasyat, laju kemain (memang layan corner abis tuh). Nak mengelakkan mabuk bas yang melampau, kteorg pun tidur yang tak berapa nyeyak sepanjang perjalanan kerana perjalanan dari Cebu City ke Oslob mengambil masa 3 jam plus plus tapi memang tak dapat nak tidur laa, asyik terjaga (yg pasti kami dah bagitau kat collector tiket, 'please alert us if reach oslob' ye laa memalam buta dengan jalan tak familiar langsung memang tak nampak apa-apa la kan).

Dalam jam 8.30 like that, kteorg dikejutkan oleh collector tiket yang destinasi utama dah sampai Oslob (Liza dah muntah-muntah dalam bas). Kawasan situ memang gelap dah macam pukul 10 malam and ada a few shop je yang masih bukak.

Tetiba, jejak je kaki kami di tanah Oslob, kami diserbu dengan local citizen (niat mereak baik tanya halatuju kami bcos mereka yang guide kami ke tempat penginapan kami) And sesampai Oslob New Village,kiteorg cari Miranda (housekeeper there!) untuk settlekan bilik dgn pakej untuk esok.

Oslob New Village for 2 nights 800 peso. Dan yang paling penting, utama nya, service dorg seriously tip top giler. Rajin sediakan air panas untuk kiteorg setiap kali dan memang rajin ler berborak dgn kiteorg untuk pastikan keselesaan kiteorg.

12/11/14 (Rabu)

Pagi2 tricycle dah sampai untuk memulakan misi menghitamkan muka. Makcik Miranda sediakan tricycle untuk kiteorg yang pasti drebarnya of cos laa suami beliau.

That day agak pack aktiviti. First thing to do :

 Watching Whale Shark 1000 peso selama 30 minutes , ada sampan yang tersedia untuk mbawa kiteorg ke kawasan Whale Shark.

Dan sedihnya, tak dpt nak snap pic whale shark bilamana kamera mendurjanakan kami semua. Tapi, mmg new experience cos berenang together2 dgn whale shark (padahal, bila whale shark tu dtg.. sebatu berenang ke tepi rakit).

After 30 minutes, kami sewa bot untuk hoping island (peralatan untuk snorkeling juga dah include sekali dgn harga bot).. Go go go Sumilon Island. Price untuk hoping island 1000 peso utk 3 org if not mistaken (mase ni mmg lupa gila harga dia).

Selepas puas membakar kulit asia kami yg tak berapa putih ni, we go back to mainland and tricycle udah siap menunggu kami.

So, kiteorg decide balik ke chalet having lunch and then after 2 pm baru menyinggah pula ke tumalog waterfall yg mmg super awesome. (lunch for sure BRAHIM diterbang khas dari Malaysia. Bajet makanan kami beli dari Malaysia around RM100 utk 3 org - segala jenis brahim, maggi, tuna,biscut and sup kambell. Nasi pula kami beli di gerai2 yang ada. Dalam chalet takde port nak memasak, so kami guna air panas utk rendam BRAHIM2.. pandai2 larr nak survival kat negara org).

From our chalet nak ke tumalog waterfall memakan masa around 20 minit dan owner chalet siap sediakan 2 buah motor untuk bawak kami ke tumalog cos dorg kata tricycle tak larat naik atas.. Kenapa 2 biji motor bukan 3.. Satu motor for sure la kena naik 3 org (gelak speechless tgok liza dan sarah berhimpit naik bukit 90 darjah dgn motor, seram rase. Pakcik yg bawak aku pun mcm semput jer motor die naik bukit menuju ke Tumalog Waterfall.. T_T)

Fee entrance nak masuk tumalog dicaj dgn harga 20 peso per person (murah kan). Dan mungkin kami nasib baik cos pergi pada waktu weekdays yg pasti memang takde org di sekitar tumalog itu. (adela juga a few person tourist, tapi depa mcm nak balik dah).

Selepas puas bergambar dr pelbagai sudut (ada local peeps yg tunggu di situ tolong snapkan pic.. baikkannnn), activiti yg paling ditunggu.. berenang renang ke tengah sampai kecut lemak2 tepu.

Compilation pic for 1 day activities 


From Mactan Airport  

Tiket bas dia sangat vintage.

On the way nak pegi whale shark watching naik tricycle. All the way akan nampak pantai dan laluan dia sgt larr bersih

nampak tak kepala whale shark tu muncul. time ni camera action kiteorg boleh plak wat perangai mintak kena rendam dlm air laut. (still bengang cos cannot snap pic whale shark)

Entrance tumalog. Air dia sgtlarrr cantik. Ibarat satu lukisan.

Yeah! we heading to Sumilon island

Percaya tak bot yg belakang tu hanyala kiteorg sahaja termasuk dia punya sailor and nampak macam mewah, tp.. bot tu hasil kreatif dorg. Guna segala bahan recycle.

Our accomodation. Very good service. Oslob New Village

Bajet2 nak suntanned muka. Tak sedar diri kulit asia.. Ngehngehngeh
Hahaha, terpaksa screenshot dr IG Liza. Mana tah hilang pulak pic full Air Terjun Tumalog.



Kita bersambung di part 2 pulak. Jangan terkejut pulak date yg dipaparkan dengan date yg dipost.(Draft dah lama ada, tapi terperap dlm draft bertahun2 menunggu masa yg sesuai utk publish.. ecececeh)
Tahap nak menaip baru muncul. Kena habiskan cerita2 Cebu ini secepat mungkin. Ada lagi trip travel beratuq menungguku untuk menaip. 

Semoga tahap kerajinan still lagi meninggi umtuk menghabiskan cerita Cebu ini. See you.. you.. you.. and you.





Thursday, 11 December 2014

Penang - A UNESCO Heritage


9 August 2014

Kali ini, kami adakan short backpackers trip which is 2 hari 1 malam dan yang pasti destinasi pilihan kami ialah Pulau Pinang Pulau Mutiara.

Pada waktu itu Malindo Air adakan promosi dan seperti biasa, secepat mungkin we grab the tix for 3 pax dengan harga RM45.00. Affordable price make us so excited about travelling to Penang.

Jam 7.00 am kami dah menapak kat Subang Airport disebabkan flight pada jam 8.00 am dan dijangka sampai pada jam 9.00 pagi.

Sesampai kami di Airport Penang, kakak Liza Kak Nurin menunggu dan membawa kami pergi sarapan dahulu.

First tempat kami melawat, Penang Hill or Bukit Bendera (Landmark penang yg patut dikunjungi). Walaupun sesat sikit mencari Penang Hill tetapi sampaidengan jaya nya. Tiket utk local people RM8.00 (mesti bawa kad pengenalan).

Ketinggian bukit bendera 823 meter dengan menggunakan cable car untuk membawa penumpang.

Georgetown - Ibu Negeri Penang 

Menunggu turn cable car 


Love Lock - bukan kat PAris and Korea je ada.. Penang pon hado.

Love chair.


Walaupun cuaca panas, tapi kat atas udara dia agak sejuk.

Belakang kami - Bel Retiro 

Kat sini pasangan yang hangat2 bercinta boleh laaa mai sini (ang lock laaa cinta ang kengkonon sejati - hahahaha)


Teropong negeri penang 

Its Bukit Bendera!!

Di puncak Bukit Bendera ada pelbagai banggunan old skol Brtish style. Di puncak juga terdapat masjid dan temple. Muzium burung hantu dan taman bunga juga salah satu tarikan pengunjung di sini.

Selepas Zuhur di atas, kami pun turun untuk pergi ke Penang Art Street in Georgetown. GPS mmg alat paling utama untuk sampai di georgetown.

Georgetown merupakan tempat yang paling menarik, penuh dengan sejarah british colonial terutama bangunan lama di situ.

Mengisi perut sattt sebelum meneruskan misi art di penang

Jadi model art sekejap~~

We are lostt!!

Terasa sgt ohsemm berbasikal di tgh bandar yg agak sibuk



Muka muka eksaited berbasikal



Kami pun patuhi undang2 jalan raya tau!

Meredah berbasikal di tengah2 pasar seni - Basikal perlu diheret







Kami sewa basikal dengan harga RM10 untuk satu hari (memang berbaloi - berbaloi). Jadi kami memang balun sampai ke petang berbasikal di tengah bandar dan tak di hiraukan langsung cuaca panas lagi terik membakar kulit kami.

Di bandar tersebut, memang dipenuhi seni artistik darpada manusia sampailah ke bangunan. Daripada tradisi sampai lah ke moden. Di celah celah bandar ini juga terdapat muzium 3D. Tapi kami lebih rela memilih berbasikal di sekitar Georgetown sambil melihat penduduk2 di sini menjalankan kegiatan harian mereka.

Setelah seharian berbasikal, akhirnya kami pulang basikal kepada tuan mereka dan meneruskan perjalanan untuk berjumpa dengan junior kami yang tinggal di permatang pauh.

Pada jam 8 mlm, kami singgah di Char Kuew Teow Adam, Sakinah kata tempat ini agak terkenal dengan char kuew teow.

Memasing mengisi perut char kuew teow setelah penat berkayuh kayuhan

The Ship Steak - Batu Feringghi





Selepas berjumpa mek kinah, bergossip, berborak, bergelak sakan. Kinah pun menjadi tour guide sementara membawa kami ke batu feringghi. Tetapi pada malam tu, hujan agak lebat, so kami just sempat singgah kedai2 cenderamata.

Jadi, kami memasing mengambil keputusan pulang ke rumah masing2 yang pasti pukul 1 pagi sampai di rumah. Dengan kepenatan yang terlampau berjalan satu hari dari pagi sampai ke malam, terus tidur tanpa banyak bunyi.

Hari kedua, tak banyak dilakukan, kerana pagiitukai akan pulang. Kak Nurin pun membawa kami berjalan jalan sekitar gurney drive, quennsbay dan padang kota makan pasemboq oiii..















Ferry last pengangkutan kami di penang, dan sampai kami terminal bas, kami naik bas jam 5.00 petang dengan harga RM 54 

Tamat sudah shortbackpacker trip kami di Penang. Yang pasti kami pasti akan datang lagi, pasemboq menhantui.. addicted dengan makanan makanan penang!

Yang pasti total perbelanjaan kami dalam lingkungan RM200 ke bawah. Siapa kata travel perlukan duit yang banyak! Terima kasih untuk Kak Nurin dan Sakinah banyak menolong kami semasa di Penang. OK jom balik Shah Alam.

See yaa next trip!

Monday, 20 October 2014

Retreat Island - Pulau Perhentian 2

Agak lama nak sudahkan post Pulau Perhentian ni.. kemalasan melampau lampau.

02 May 2014 - Hari kedua, yang pasti padat dgn aktiviti yg memenatkan tapi level of enjoy and fun tahap bezita berlawan dgn goku (ok! stop melalut).

Pagi2 bangun disapa oleh angin bayu deruan ombak (ececece, ayat novel sgt) tapi yang pasti memang agak tenang, hilang segala kesibukan kota raya yg penuh dengan asap2 hitam berkepul kepul serta jauh dari bunyi bunyi yg membingitkan.

Pakcik kat D'Lagoon (Mmg dah lupa nama beliau yg banyak berbakti beri servis terbaik punya) pun kata breakfast dah ready, after makan boleh naik boat untuk snorkeling the whole day till evening... yeayyyyy... aktiviti yg paling menarik dan menyeronokkan.


Banana Boat tyme... Wonderful.. Marvelous time

Mase ni, baru jatuh dari banana boat..
Snorkeling time (Air yg crystal clear - mmg memanggil2 untuk terjun)
With Bulan - orang Johor (Demi sebuah persahabatan, dia sanggup turun.. rindu kataye nk wat aktiviti)
Take a rest, lunch dulu after dat, continue for snorkeling again (lets sun tanned)
its tiruk time, haha.. mase ni pelabagai style kuar.. hambek!
Stuntwomen is ready - hahaha.. failed nak swim twist..
Another style, tatau laaaa ini style ape

When we being together - you can only heard laugh, laugh and laugh.. When friendship is appreciate it (pardon my grammar)
Lepas dgn sengaja men ' suntanned' kulit malaysia, malam pula diadakan bbq yg pasti makanan segar dari laut.. weehuuu... Makanan dia totally wonderful.. Tapi, sesiapa yg inginkan life di malam hari, perhentian besar mungkin lagi sesuai.

Di sini nite life so calm, tenang dengan alunan music dikir pantai timur.. hehehhehe. Yang pasti, ini adalah malam terakhir kami di sini. Esok kami akan berangkat pulang.

03 May 2014 - Pagi macam biasa, dihidangi breakfast, and after that kami pun ber'jungle trecking' menuju windmill punya view.. yang pasti totaly cantik.. Perjalanan dari D'Lagoon ke windmill lebih kurang 30 - 45 minit.

Percubaan untuk melompat dengan riang

Amek step before nak melompat si katak lompat..

Bulan menerima massage kepala dari anis


Apa yg kami cuba lakukan

Jungle trekking menuju ke windmill

Take a rest 

WE here!!

View from above.. beautipool



Tangga tangga kejayaan

Sgt cantik.. Malaysia pon ada hokeh pemandagan nan cantik




Sudah sampai masa nya mengucapkan babai

Pakcik dan makcik yg rajin melayan karenah kami

Last but not least... Kome kira laaa berapa anak tangga ni

At last, ku gagah jua menamatkan ceritera Retreat Island Pulau Perhentian. Ye, Malaysia pon tak kurang gah nya dgn negara lain, they have their own identity and cultural. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Moh ler reramai kita mencari nikmat di negara sendiri (ececece, ayat nak skema)

Kite bakal bertemu di next topic - Short trip Backpackers : Penang, A heritage UNESCO.